AKUATIK SELANGOR BERWAJAH BAHARU, SEDIA MENJADI LOKASI SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA 🏊♂️🏆
8 Ogos 2026 melakar detik bermakna buat pembangunan sukan Selangor apabila Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan Majlis Penjenamaan Semula Pusat Akuatik Darul Ehsan di Shah Alam.
Turut hadir YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, YB Tuan Mohd Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Ahli Lembaga Pengarah DEFM, Ketua Pegawai Eksekutif DEFM, Encik Rusman bin Md Lizah, serta wakil agensi kerajaan.
Dengan persiapan menuju SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, Akuatik Selangor kini bersedia membuka lembaran baharu sebagai salah satu fasiliti penting dalam pembangunan dan penganjuran sukan akuatik negeri.
#SUKMASelangor2026
#AkuatikSelangor
#DEFM
#KitaSelangorMajuBersama










