Latihan Pengungsian Kecemasan dan Keselamatan Kebakaran Tahunan di Bangunan Darul Ehsan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta kesedaran warga kerja.
Program latihan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai prosedur pengungsian yang betul, tindakan pantas ketika berdepan situasi kecemasan, serta langkah-langkah keselamatan kebakaran yang perlu dipatuhi.
DEFM sebagai pengurus fasiliti Bangunan Darul Ehsan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya kepada pihak bomba, pasukan keselamatan, serta semua peserta yang telah memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan latihan ini.

















