DEFM telah mengadakan Liputan Khas Bazar Ramadan 2026 bagi menampilkan kemeriahan suasana sepanjang bulan Ramadan serta menyantuni komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti dan juadah menarik yang disediakan oleh para peniaga.
Liputan ini bertujuan untuk:
• Mengetengahkan kemeriahan dan keunikan Bazar Ramadan di sekitar negeri Selangor.
• Memberi sokongan kepada usahawan dan peniaga tempatan dalam mempromosikan perniagaan mereka.
• Mengukuhkan hubungan bersama komuniti melalui pengisian yang mencerminkan semangat Ramadan.
Melalui liputan ini juga, DEFM terus komited dalam menyokong inisiatif komuniti dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.
Inisiatif ini diharap dapat memeriahkan sambutan Ramadan di samping membantu memperluas pendedahan kepada peniaga tempatan secara lebih menyeluruh.
#DEFM #BazarRamadan2026 #BazarRamadanStadiumShahAlam2026 #KitaSelangorMajuBersama



