Program Ihya’ Ramadan Selangor 2025 : Jelajah Bazar Ramadan

“Program Ihya’ Ramadan Selangor 2025 : Jelajah Bazar Ramadan” telah berlangsung di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, yang mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor. Program ini juga turut menjadi platform bagi pelancaran inisiatif Platform Selangor (PLATS) Masuk Bazar, yang menyediakan kupon digital kepada peniaga dan pengunjung.

Turut berlangsung dalam majlis ini ialah penyampaian replika penghargaan oleh YBrs. Encik Rusman Md Lizah, Ketua Pegawai Eksekutif Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) kepada YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sebagai Rakan Strategik Utama Bazar Ramadan Stadium Shah Alam 2025, serta pelancaran Kempen Bazar Ramadhan Tanpa Tunai oleh Agrobank. Selain itu, sesi santunan bersama peniaga di bazar turut diadakan bagi merapatkan hubungan dengan komuniti perniaga tempatan.

Program ini dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI; YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam; YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor; YBrs. Encik Azrul Fakhzan bin Mainor, Pengarah Kanan Bahagian Komersial Paynet; YBrs. Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Yayasan MBI.

#AgrobankBazarRamadanStadiumShahAlam
#KitaSelangor
#MajuBersama

Other Gallery